Friday 9 October 2015

KENANGAN BULAN PUASA





Bulan puasa di Kampung ku Sg batang amatlah ku rindui setiap kali menyambut Ramadhan pada setiap tahun. Karana tiada ada tandingannya keseronokan berpuasa denganIbu dan Ayah serta adik beradik aku setiap tahun .Sewaktu kecil kami masih tinggal bersama Ibu dan Ayah sepenuhnya di rumah dan bulan puasa lah menjadikan kami sering berlumba lumba untuk menjadi orang terbanyak berpuasa dan sembahyang terawikh

Berpuasa di kampung bersama keluarga amat menyeronokan terutama sekali bila waktu berbuka kerana inilah waktunya kami semua berkumpul dan makan secara serentak tanpa ada seorangpun akan melewatkanya. Begitu juga ketika waktu bersahur kami akan makan bersama walaupun ada diantara kami tidak boleh membuka sepunuhnya mata sewaktu bersahur. Paling aku respect ialah ibuku yang telah bangun masak sejak dari pukul 3 pagi untuk memastikan kami dapat menjamah makanan yang panas dan baru di masak.

Aku masih ingat ibu akan menyediakan pelbagai kuih muih dan air di samping makanan wajib ada iaitu nasi kerabu. Kami biasanya akan berebut rebut minum air dahulu kerana kehausan adalah cabaran paling kuat berpuasa di kampung kerana kami selalunya merayau seluruh kampung sementara menanti waktu berbuka Selalunya ibu akan menyediakan pelbagai air minum samada yang panas atau makanan berais.

Mengigatkan makanan berais ini lah saya tak boleh lupakan setiap petang kami akan menungu di jalan untuk membeli ais bantal yang di potong kecil kecil dan di saluti habuk papan kerana di kampung kami waktu itu tiada ada kemudahan leterik lagi.


Selepas berbuka dengan pelbagai kuih muih dan minuman kami biasanya akan bergegas ke masjid  untuk menunaikan sembahyang terawikh di masjid berdekatan rumah kami. Apa yang menarik ialah kebanyakan budak budak lain akan bermain sekeliling masjid membuat bising ketika orang bersembahyang terawikh dan setiap 2 rokaat terawikh tok bilal masjid kami selalunya akan menjerkah budak budak yang membuat bising tersebut. Aku dan adik adik aku dah terbiasa dengan jerkahan ini namun jika ada makmun dari orang luar yang pertama kali bersembahyang di situ tentu sahaja akan terkejut beruk mendengar jerkahan tok bilal tersebut,

Apa yang menarik selepas terawikh masjid kami akan mengadakan kenduri moreh di masjid dan selalunya pelbagai menu makanan di sediakan mengikut malam malam tertentu. Apa yang tak boleh saya lupakan adalah menu mei maggi dan bubur kacang. Budak budak akan berebut rebut untuk mendapatkan makanan tetapi bagi saya yang sembahyang terawikh  bersama orang dewasa semua telah terhidang tanpa perlu berebut rebut untuk mendapatkanya.

Sewaktu akhir akhir puasa kebiasanya aktiviti kami berubah dari merayau kepada mencari buluh untuk membuat meriam dan pelita buluh untuk di pasang di malam tujuh likur dan raya. Kami juga mengumpul tempurung untuk di kumpul dan di susun tinggi untuk di bakar di malam raya.


Kemeriahan bulan puasa di kampung kami adalah bermain mercun dengan pelbagai jenis mercun yang di jual di kedai kedai . Selalunya kami akan mengunakan mercun untuk bermain perang dan polis senteri di malam malam bulan romadhan. Kemeriahan ini amat lah nastalgia bagi saya dan sangat sukar di padam dari ingatan saya sehingga kini. (kini main  mercun telah di haramkan)




Kami juga tahu puasa berada di pengakhiranya apabila mendengar bacaan quran dari TV kerana musabaqah membaca quran sewaktu itu di adakan di pehujung bulan puasa.Namu sekarang Musabaqah di adakan sebelum  bulan puasa lagi


Pada malam pengumun raya adalah malam paling suspen bagi kami kerana sewaktu itu jika anak bulan tidak kelihatan kami kenalah  berbuasa sehari lagi . Tapi jika esoknya beraya makan melompat lompatlah kami kegirangan kerana esok kami sudah boleh makan di siang hari dan yang paling seronok merasa memakai baju raya baru


 

Tuesday 6 October 2015

BIJIH KOPI BOTOL BIJI GETAH DAN BERNIAGA


Mengingatkan semua ini aku pasti tak akan lupakan ikhtiar kami untuk mendapatkan sedikit wang belanja harian atau untuk bermain. Dulu segalanya kena kami usahakan sendiri untuk mendapatkan wang saku lebih walaupun wang sekolah di berikan ianya tidaklah sebanyak yang bebudak sekarang dapat kami kena berusaha sendiri jika ingin berbelanja lebih.

Kebetulah ketiga-tiga benda ini mempunyai pasaran yang baik ketika itu. Selalunya kami akan berikhtiar untuk mencari wang dengan mencari bijih timah, menjual botol, biji kopi dan biji getah mengikut musim-musimnya tersendiri. Macam bijih timah biji getah dan kopi gugur walaupun kami berjaya mengumpulnya sedikit sahaja tapi bila di bawa kekedai ternyata ada pembelinya dan boleh menjadi wang. Sebab itulah kami berusaha mencari semuanya ini seperti mengayak bijih timah di sungai dengan cara apa sekalipun dan akan cuba mengutip kopi gugur dan biji getah untuk di jual.





Mencari semua ini tak lah menjadi masalah jika ada kemahuan dan rajin cuma jika mencari botol agak mengerikan kerana kami sangat takut dengan kling botol kerana orang kampung membawa cerita mereka ini juga sedang mencari kepala budak untuk di letakan di bawah jambatan. Lagi pula selalunya kling botol tidak memberikan kami wang malahan di tukarkan dengan kacang kuda yang di bungkus didalam bungkusan suratkhabar yang di gulung panjang dan meruncing. Nampak banyak tetapi bila di buka adalah seketul dua ketu kacang kuda sahaja,
Teringatkan kisah mencari duit saku ini jugalah aku tak boleh lupakan aku pernah berniaga buah cempedak dengan adik adik ku dan kengkawan mengunakan modal duit raya yang di kongsi beramai ramai. Setelah sehari suntuk menunggu tiada siapa yang ingin membeli cempedak kami seperti yang kami tawarkan dan jika ada pun di bawah paras modal kami. Akhirnya kami terpaksa menjual cempedak itu diatas harga modal dan kami tiada apa apa keuntungan untuk bisnes kami hari itu kecuali letih dan lesu menunggu buah cempedak dari pagi sehingga petang.


Ada juga sekali peristiwa di hari raya kami berniaga dam tikam tikam memang apabila semua no telah di beli dan hadiah telah di tuntut kami beroleh sedikit keuntungan darinya. Memang telah di takdirkan kami tidak di izinkan untuk menjamah wang yang sebegitu akhirnya kesemu wang untung dan modal kami lesap di curi oleng kengkawan lain. Mula mula tu sedih juga tetapi bila besar aku bersyukur juga kerana kalau tak kami tentu terlibat dalam memakan duit haram.

Semua pengalaman pahit getir yang aku lalui di zaman kanak kanak aku sebenarnya mengajar aku erti kehidupan sebenar. Sememang nya selepas aku dewasa aku agak berhati hati untuk menjalankan perniagaan. Namu sebenarnya kesemua famali aku mempunyai otak bisnes cuma masa yang akan menentukan apakah kami boleh membena satu empayar perniagaan yang besar suatu hari kelak. Jalan perintis telah di mulakan oleh dua adik ku yang cuba bergiat dalam perniagaan berkaitan komputer dan aku juga berhasrat menyusurinya kemudian.

HUTAN DAN BUAH-BUAH HUTAN

Sesuatu yang tak mungkin aku lupakan ialah bagaimana aku dan kengkawan sering masuk ke hutan berdekatan pada setiap kali musim buah-buahan hutan namun begitu aku tidaklah merantau terlalu jauh kehutan kerana takut. Selalunya kami boleh mmengetahui tentang musim buah-buahan hutan ini apabila orang kampung mula pergi mencari petai hutan yang banyak kedapatan di dalam hutan di sebelah menyebelah kampung kami. Petai hutan selalunya di dapati dengan banyak oleh penduduk kampung bila memasuki hutan dan di jual dengan harga yang berpatutan di kampung. Namun begitu ianya semakin berkurangan sejak kebelakangan ini kerana sikap orang kampung sendiri yang mengambil jalan mudah dengan menebang pokoknya untuk mengambil buahnya pada setiap kali musim petai hutan berbuah. Kelakuan inilah yang telah banyak menyumbang kepada kepupusan petai-petai hutan.



Mengingatkan kisah masuk kehutan mencari buah-buahan hutan ini aku tak boleh melupakan kisah bagaimana kami pernah pergi kehutan berdekatan untuk mencari buah buahan hutan yang banyak terdapat di dalamnya. Aku memang heran kerana ditengah tengah hutan boleh pula kedapatan pokok-pokok buah-buahan yang banyak seolah olah ada penghuni yang menanamnya. Sebenarnya terdapat banyak versi cerita bagaimana pokok-pokok ini boleh ada didalam satu satu kawasan hutan itu. Ada mengatakan ianya di tanam oleh orang bunian dan ada juga yang mengatakan oleh kaum asli sakai yang berpindah randah dan tak kurang pula yang mengatakan ianya adalah hasil dari najis binatang yang memakan buah-buahan tersebut. Aku tak kisah sangat bagaimana ia boleh tumbuh di situ cuma aku heran mengapa ia tumbuh sebanyak itu seolah olah sebuah dusun buah buahan pulak kat dalam hutan tu.
Semasa aku tengok banyaknya buah buahan tu aku dan kengkawan cubalah memanjat pokok tampoi apalagi kami kutip buah tu semaunya memang banyak dan tak terpikul nak bawa balik kami cuma ambik buah yang susah nak dapat di kampung macam buah jentik-jentik dan tampoi sahaja yang buah lain lain kami tinggal begitu sahaja kerana pokoknya memang tinggi melangit. Pokok petai pun kelihatan sangat tinggi dan besar, patut lah fikir aku orang kampung mengambil jalan mudah dengan menebangnya. Kami pun nyaris-nyaris nak meneebang pokok tampoi walaupun pokoknya rendah sahaja.

Sementara pokok kasai dan ceneriang banyak kedapatan di tepi tepi sungai selalu kami panjat la pokok cenerai naik goncang pokoknya. Tetapi pokok kasai memang kalau di goncang sampai luruh dahan dia pun buah dia takan luruh punya sebab dia memang liat. Selalunya kami ambil kayu dan membaling buahnya kekadang tu lebih banyak kayu penuju tu dari buah yang luruh yang kami perolihi tetapi bebudak mana nak jemu dok kerja tuju buah tu sampai habis daun-daun pokok kasai bertaburan. Setelah penat kami mandi dan kemudian balik kerumah mankedarah nasi juga akhirnya. Bila makan tu pun bukan main lapar lagilah mana tidaknya banyak tenaga di habiskan untuk kerja tuju menuju tadi.

Sekarang aku tak pasti apakah semua khazanah hutan yang kulihat dulu masih ujud kerana kerja pembalakan sangat aktif di jalankan di kawasan bukit berdekatan. Kalau di lihat pada perubahan struktur sungai aku berkeyakinan hutan juga turut musnah angkaranya. Tapi aku tak pasti sejauh mana kemusnahan yang di alami kerana semenjak aku berkerja aku tak lagi pernah menyusuri hutan mencari buah-buahan hutan seperti masa kecil ku dulu.
geovisit();

HUTAN BUKIT SUNGAI DAN BELUKAR


Hutan bukit sungai dan belukar sebenarnya sangat sinonim dengan pengalaman hidup zaman kanak kanak aku mana tidaknya kerana kampungku terletak di lembah subur yang di kelilingi hutan bukit sungai dan belukar. Aku masih boleh bayangkan tentang semua bukit yang memagari kami dan sungai yang mengalir melintasi kampung kami. Iaitu Sungai Batang dan Sungai Beris. Kedua sungai besar ini bercantum di Kampung Kuala dan sebelum itu dua sungai kecil juga bercantum untuk membentuk sungai Batang. Air kesemua sungai ini memang jernih dan dingin serta mempunyai khazanah penghidupan yang banyak. Manakala bukit yang membiru memberi ketenangan dan belukar pula menyimpan pelbagai khazanah kehidupan rimba yang segar. Semuanya masih indah dan baik semasa zaman kecilku.




Segalanya mula musnah bila ada pembalakan di jalankan di ulu sungai kami, air mula menjadi keruh pasir dan tanah mula melimpah dan sekaligus menghilangkan segala batu batan yang menghiasi dasar sungai dan pada akhirnya menjadikan sungai kami sungai berpasir. Segala bentuk asal sungai telah musnah termasuklah juga segala khazanah di dalamnya.

Kedua dua sungai ini sebenarnya telah memisah kan kami dengan jalan besar tetapi salah satu telah di bena jambatan kayu sejak turun temurun lagi iaitu di kampung kuala Namun apa yang istimewa jambatan ini ialah jambatan kayu berbunyi yang pertama di dunia mana tidaknya setiap kali kenderaan melaluinya akan kedengaran bunyi jambatan kayu ini sayup kedengaran walaupun di tengah malam buta kami boleh mengagak ada kenderaan masuk ke kampung. Itu dahulu le ketika kereta masih tak banyak di kampung sekarang ni orang dah tak heran dengan jambatan bunyi tu kerana memasing dah ada kenderaan sendiri. Kalu asyik nak dengar bunyi jambatan tu ada pula yang tak cukup tidur karang. Tapi tu lah istemewa jambatan kampung kami.

Walaupun di situ laluan utama keluar masuk orang kampung jambatan kayu itu tak pernah di tukar dengan jambatan konkrit walaupun di sebelah pintu keluar lagi di sebelah kampung Batu Seketul telah di bena jambatan konkrit yang mana telah juga memusnahkan dusun durian kami. Aku tak pasti kenapa adakah memang orang kampung nak kekalkan jambatan kayu antik berbunyi tu atau sesebab lain ianya tak pernah di tukarkan ke jambatan konkrit walaupun sering di baiki.

Tak banyak yang aku ketahui tentang sungai ini namun sungai inilah tempat aku berkubang bermain dan sebagainya. Meyusuri sungai sambil memakan buah kakau ceneriang atau kasai amat menyeronokan. Semasa kami kecil jugalah sungai menjadi tempat latihan berenang dan menyelam kami. Sungai sebenarnya sangat si nonim dengan cara penghidupan kami di kampung selain dari ianya membekalkan air kesawah ia juga merupakan sumber air utama selain perigi (maklumlah masa saya kecil air paip kerajaan belum ada) Semua aktiviti mandi minum dan sebagainya tergantung kepada air sungai yang jernih itu.

Malang sekali kemajuan akhirnya juga akan membenarkan kedua dua air sungai ini menegelamkan kampung halaman kami. Segalanya sudah terangcang dan kemunculan empangan beris akan menelan keindahan kampung ku bersama kenangan lalu yang nostalgic untuk ku susuri sepanjang riwayat ku. Segalanya musnah atas nama pembangunan segalanya terpaksa kami lepaskan atas nama kemanjuan. Tapi kami berbangga hasil dari pengorbanan kami banyak manafaat yang akan orang lain perolihi dari pembenaan empagan tersebut. Segalanya nanti hanya boleh aku ingati dan susuri diatas permukaan air yang menelan kampungku. Segala khazanahnya akan berada 300 kaki di bawah paras air.

MAHAGURU DAN GENG



Semasa aku di darjah 5 dan 6 hadir seorang teman baru di kampung mula mula kami tidak menyukainya tetapi pada akhirnya dia menjadi mahaguru ilmu persilatan kami. Kami bersunguh sunguh belajar ilmu persilatan darinya kerana percayakan dia mempunyai ilmu persilatan dari gerak-geri langkah persilatannya yang menarik. Kami telah membena sebuah gelangang persilatan di bawah sepohon pokok bacang dan sentiasa berlatih di bawahnya. Sejak mempelajari ilmu persilatan itulah kami telah menubuhkan sebuah kelab kembara yang di ketuai oleh saya sendiri dan sentiasa memakai keris dan pedang kayu di pinggang. Kami sentiasa membuat expidisi menjelajah ke seluruh kampung belukar dan hutan persis panglima yang garang, namun realitinya kami semua penakut termasuklah orang yang kami angap mahaguru itu. Lagi penakut sakan.

Satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan ialah geng kami pernah meranging seorang rakan pelajar baru yang baru masuk sehingga pelajar itu tidak hadir kesekolah hampir dua minggu dan hanya di temui berada di dalam kebun getah selama itu kerana takutkan geng gila kami itu. Sebenarnya kami tak lah membuat atau mengugut apa apa kepadanya tetapi memandangkan budak ini memang jenis lembab dan pemalas dia mengambil peluang itu untuk tidak hadir kesekolah. Walaubagaimanapun guru besar kami amat marah dengan peristiwa ini dan memarahi semua murid di atas sikap segelintir dari kami, Aku sangat menyesal dan semenjak itu aku menjadi insaf dan tidak lagi cuba meraging budak yang baru masuk kesekolah kami.
Satu peristiwa di mana geng saya telah terkena dengan buku dan ruas apabila pernah satu ketika seorang pelajar dengan berani melawan geng kami dan telah mengunakan senjata tahi lembu untuk menewaskan geng gila kami itu. Kami bertempiran lari kerana takut di baling tahi lembu di muka kami. Sebenarnya aku bukanlah seorang murid yang nakal tetapi kerana kawan kawan aku menjadi sedikit ganas dan berlagak (ada ilmu silat la kononnya tu) dan melakukan kerja kerja yang tak sepatutnya aku lakukan ketika zaman persekolahan.

Aku juga pernah sekali terlibat dalam pergaduhan dengan kawan sepermainanku di mana kami telah bertumbuk angkara perselisihan faham yang kecil. Aku memang berjaya menumbuk muka lawan ku itu sehingga lebam namun aku juga menaggung sengsara hampir berminggu kerana mengalami bengkak tangan akibat tersalah tumbuk. Selain daripada itu aku tidak pernah lagi bergaduh sehinggalah aku dewasa kerana aku betul betul insaf dengan perangai nakal ku semasa zaman persekolahan rendah. Mungkin inilah akibatnya dari belajar ilmu persilatan dari guru yang tak tentu hala dan sikap berlagak kerana dirasakan diri mempunyai kekuatan itu. Pada saya kita boleh berkawan tetapi jangan sampai kita di pengaruhi oleh kawan kawan yang nakal nakal .
geovisit();

BINATANG BELAAN


Dong dong dong adalah nama pangilan anjing yang di pelihara oleh bapa saya ,saya tak pasti kenapa dia dinamakan begitu cuma yang saya ingat anjing itu berwarna hitam pekat dan mempunyai ekor yang kontot. Orang kampung semua mempertikaikan kenapa bapa saya perlu membela seekor anjing ,namun kata orang kalau di bela untuk menjaga tanaman ianya tak le menjadi kesalahan. Tapi itulah hakikatnya bapa saya pernah memelihara seekor anjing untuk menjaga kelapa di belakang rumahnya. Anjing itu di berikan lesen dan kami cukup menjaga batas syariat dalam memeliharanya. Namanya ialah Dong.

Kisah membela anjing inilah yang tak boleh saya lupakan juga kerana dalam kebanyakan masa anjing ini akan menemani kami bermain , madsud saya dia akan mengikuti kemana sahaja kami pergi termasuklah ke hutan kebendang dan ke sungai. Anjing memang binatang yang setia selagi tuannya pun bersikap berani le kerana dari pengalaman saya anjing akan menyalak sekuatnya bila takutkan sesuatu dan dia tak akan berundur selagi kita ada di belakangnya tetapi jika kita mula lari ketakuatn dia akan mendahului kita dalam pelarian ketakutan itu. Malah dia akan memotong kita dan meninggalkan kita terus bersaorangan menghadapi ketakutan.
Tak banyak yang saya ketahui mengenai anjing ini begitu juga dengan kematian dan kehilanganya yang saya tak pasti bila dan kenapa ianya terus lenyap dari pandangan kami selepas beberapa tahun di pelihara. Walaubagaimanapun suatu yang saya tak boleh lupa ialah bila dia pernah naik tidur diatas beranda rumah kami mak bukan main marah lagi dan memukulnya dengan teruk sekali dan semenjak hari itu anjing itu memahami dan tak pernah naik lagi keberanda rumah kami. Teruk juga ibu kami menyamak semula beranda tu.
Mengingat binatang peliharaan ini saya juga pernah membela seekor burung gembala kerbau dan ianya amat jinak dengan saya dan akan terbang memanjat bahu saya setiap kali saya balik dari sekolah. Malang sekali burung ini juga hilang dari pandangan saya begitu sahaja tanpa kami tahu nasibnya.

Dan binatang peliharaan saya yang paling saya sayangi tentulah ayam jantan laga. saya membela dan membelai dan memandikanya setiap hari sehingga berkilat kilat bulunya. Kami membelanya untuk bertarung laga dengan ayam kengkawan yang lain, saya akan membawanya menjelajah keseluruh kampung untuk di pertarungkan Kalah menang bukanlah persoalanya yang penting ayam saya cantik dan bergaya.
Salah satu lagi binatang belaan tetap saya tentulah ikan laga (ikan karin) yang kami kutip di bendang. Ikan ini juga biasanya saya peliharanya dengan baik dan di buat untuk bertarung dengan ikan kengkawan yang lain.Semua ini telah habis saya tinggalkan sebaik sahaja saya mula memasuki sekolah menengah dan tinggal diasrama

SERINDIT DAN BURUNG PULING

Terbay (Lastik)

Mengingatkan dua ekor burung ini saya akan tersenyum sendiri mengingat bertapa susah untuk menangkap kedua jenis burung hijau yang cantik ini, Kami memcuba berbagai cara untuk memerangkapnya seperti menahan denak (perangkap) menahan getah dan terbay. Bila mengingatkan terbay lah saya akan tersenyum sendiri kerana walaupun saya boleh dikatakan mahir menerbay namun satu kelamahan saya ialah semasa melepaskan peluru terbay kaki dan badan saya juga terangkat dan mengakibatkan seluruh burung akan bertempiran lari kerana terkejut. Walaupun saya cuba kontrol namun ianya akan menghilangkan skil menerbay saya dan perkara ini berterusan dan saya selalu di ketawakan oleh adik adik saya setiap kali saya menerbay burung.

sebenarnya saya bukan sahaja menerbay kedua burung ini tetapi yang paling banyak maut ditangan saya ialah burung tek tek kerana kebiasaanya hanya burung ini duduk rendah di pokok semalu dan memudahkan saya menerbay. lagipun dia ni jenis tak terkejut dengan skil menerbay saya yang ganjil itu. tu yang maut banyak tu Mengingatkan terbay inilah saya tak akan lupakan dua petua atau fatwa kawan saya mengatakan jika menerbay burung dengan membaca Bismilah burung itu tak perlu di sembelih lagi dan boleh di makan dan yang paling melucukan ialah petua menerbay anjing supaya terputus dua badanya ialah dengan memutarkan tali terbay dan ini yang nejadi bahan lawak terbay yang teragung pernah saya ketahui setakat ini. Entahlah saya selalu senyum sendiri mengingatkanya.



Terbay ni pun satu haru juga kalu di letakan peluru yang agak besar ada kemungkinan peluru itu membalik mengenai penerbay adalah 50-50 aku tak tahu kenapa dan kekadang juga getah terbay ini akan tercabut atau putus dan ianya sudah tentu akan membidas muka saya kerana kebiasaaanya skil menerbay yang baik adalah meletakan terbay berhampiran muka dan mengunting dengan memejamkan mata kanan atau kiri mengikut keselesaan sendiri. Dah tua bangka inipun aku masih mengunakan terbay untuk menghalau anjing dan yang tak sedap tu pernah batu yang ku lastik mengenai kereta sesaorang (maklumlah terbay kat taman taman ni mana ada lindungan lain kecuali cermin tingkap rumah dan kereta orang Sejak itulah aku berenti menerbay sehingga kini kerana aku tak pasti aku boleh menerbay tampa mengenai objek lain.

BURUNG CIAK DAN WAK WAK


Musim padi masak adalah satu musim yang aku paling boring tapi menyeronokan mana tidak orang tua saya biasanya meminta kami menjaga burung ciak trit yang datang menyerang padi. Sebelum adanya pukat adalah sangat membosankan menanti dan menghalau burung yang turun ke bendang kerana kami langsung tak ada peluang nak berehat tapi selepas adanya pukat kami lebih seronok dan bersemangat menjaga bendang maklumlah kerja menjerkah burung agar masuk ke pukat memang menyeronokkan terutama bila pukat itu juga di masuki burung ciak uban atau wak wak.

Selalunya burung burung yang terperangkap kedalam jaring akan kami pungut dan kumpul didalanm satu bekas yang besar untuk di sembelih dan di makan. Pasal burung ciak trit jangan katalah sampai peringkat mak saya tak boleh lagi melihatnya kerana akan terasa loya akibat terlalu banyak kami makan burung tersebut . Namun pada saya makan gulai krisik burung ciak trit adalah sangat menyelerakan. Burung wak wak pula sangat jarang di perolihi kerana kecerdikanya mengelak pukat sementara jika kami mendapat burung ciak uban pula selalunya kami akan pelihara dia dengan memasukan ke sangkar dari batang nipah ciptaan kami sendiri.

Tidak banyak yang saya ingat tentang menanti burung ciak trit ini namun yang pasti sehingga sekarang aku mempunyai suara yang lantang dalam hal jerkah menjerkah kerana telah terlatih menjerkah burung ciak trit yang kekadang buat pekak badak sahaja bila kami menjerkahnya. Kalau bapa pasang orang-orang pula lagi le dia buat sadin je walaupun pada tali orang orang tu di gantung tin agar berbunyi bila di tarik talinya. Namun kesan dari kerja memukat burung mengakibatkan serangan burung terhadap padi agak berkurangan di kampung kami.
Seingatlah saya teknologi memukat burung inilah yang banyak menyelamatkan hasil padi bendang seluruh kampung saya dan sehingga sekarang saya masih berkeinginan nak merasa makan gulai krisik burung ciak trit. Sebab itulah jika ada orang menjual burung gulai puyuh di kedai tak pernah saya lepaskan untuk memakannya. Namun bagiku gulai burung puyuh belaan takle seenak gulai burung ciak trit yang di masak oleh ibuku .Kelebihan memakan burung ciak trit pula ialah boleh di suap seekor semulut sahaja kerana saiz nya yang kecil.

BENDANG RAMBUTAN DAN SUNGAI MATI.


Bendang sungai mati dan pokok rambutan biji (bute) mengingat kan aku bendang tua kami walaupun di bendang tu ada sekebun rambutan lain namun rambutan bute juga menjadi nostalgia untuk aku kenangi. Walaupun buah rambutan ini tak lekang isinya tapi rasa buahnya tak pernah aku lupakan. Aku masih ingat bertapa susahnya kami nak panjat pokok rambutan itu kerana keadaan pokok yang sangat besar. namun selepas kami dapat menaiki cabang pertama pokok rambutan tu kami akan boleh menjelajah keseluruh pokok rambutan tersebut kerana keadaan dahannya yang bercantum dan masa inilah kami akan memakan buah nya sampai kenyang di atas pokok sambil menyanyi sakanle dua tiga beradik kami.

Bendang tua itu juga mengingatkan aku sungai mati yang juga telah di jadikan bendang oleh bapa ku, ianya sangat dalam berbanding di kawasan kawasan bendang yang lain dan apa yang istimewa tentangnya ialah kedapatan banyak ikan di dalamnya .Selalunya di musim buat bendang kami akan membuat pancing pelampung untuk menangkap ikan yang banyak di dalamnya. apa yang menyeronokan bila sahaja pancing itu mengena ia akan membawa lari pelampung itu kesana kemari dan di masa inilah kami akan terjun ke sungai mati dan berenang untuk mengejarnya. Dan hasilnya tentulah memuaskan bergantung kepada kelajuan ikan membawa lari pelampung itulah kami boleh mengagak jenis ikan dan berapa besar hasil tangkapan kami.

Bendang tua itu juga mengingatkan saya sebuah bukit di sebelahnya walaupun bukit itu tiada sebarang tanaman utama namun ianya menjadi kenangan kepada saya kerana di kemuncaknya kedapatan banyak pokok-pokok nenas dan di kaki bukitnya pula kedapatan pokok kekabu dan jambu batu. kami selalu kerabat bukit ini untuk mengutip buah kakau dan memanjat pokok kekabu serta jambu itu sambil bermain macam macam permainan dan segalanya masih boleh saya bayangkan dan saya tidak pernah melihatnya lagi selepas mak tidak lagi mau mengerjakan bendang tersebut selepas berpindah ke kampung baru. Akhirnya s bapa telah menjual tanah tersebut kepada saudara terdekat kami di kampung.

Bendang itu juga mengingatkan saya bagaimana kami akan mengikut terekta dan menangkap ikan yang terpancung oleh jentera tersebut semasa kerja-kerja membajak dan sesuatu yang tak boleh saya lupakan ialah terdapat satu telaga besar ditengah- tengah bendang tersebut dan kami selalu menimbanya selepas musim menuai. Ingatan saya juga tak pernah luput bila saat ibu mencabut semaian padi atau masa nak menyemai kami akan berkubang sakan di bendang tersebut dan bermain dengan batang pisang perata tapak semaian padi ibu saya. Segalanya masih jelas dan tak mungkin dapat saya hapuskan dari ingatan saya dan bendang itulah menjadi sumber rezeki bapa saya dan hasilnyalah dapat menampung makan minum kami sekeluarga dan menyekolahkan kami sehingga dewasa.

Satu peristiwa di bendang yang tak mungkin saya luppakan sehingga kini ialah bilamana bapa saya mengajak saya memukul padi saya telah menguap ketika kerja-kerja memukul padi dijalankan dan ini mengakibatkan bapa telah menghalau saya balik kerana pada angapannya saya ni pemalas kerana dalam keaadaan melakukan kerja sebegitu keras saya masih boleh mengantuk. Saya juga tak boleh lupakan dangau bendang di mana saya dan adik beradik selalu bergendang dan menyanyi untuk membuat bising bagi menghalau burung ciak trit dari turun ke sawah memakan padi namun hakikatnya bila bapa atau mak datang beribu-ribu burung sedang enak membaham padi sambil di iringi kumpulan muzik kami.

Bapa selalu memarahi kami kerana membuat kerja sambil lewa katanya. Tapi itulah hakikatnya bebudak mereka lebih banyak bermmain dari untuk serius bekerja. Bercerita hal padi ini saat yang paling saya malas ialah untuk menumbuk padi bagi menjadikanya beras kerana bila kerja ini mula di jalankan sudah barang tentu segala kegiatan bermain kami juga akan terhenti. mana tak boring.

MUSIM BUAH DAN SAYA


Musim buah mengingatkan saya bagaimana kami adik beradik menuggu durian luruh di bawah dangau durian. Sesuatu yang indah tak dapat aku lupakan sehingga kini bila aku dan adikku menunggu durian di sebelah malam dimana kami perlu tidur di dangau yang tidak berdinding dan cuma beratap daun nipah. Pun begitu ini hanya kami lakukan selepas kami dewasa berbanding semasa kami kanak kanak kami akan tidur bersama bapa di pondok durian itu. Semuanya masih jelas terbayang dan boleh di ingati bagaimana suasana menanti durian menyuluh buah durian dan bagaimana kami melawan kesejukan malam kerana tidur di pondok durian kecil yang terbuka luas itu.

Namun segalanya sangat indah untuk aku lupakan dan bayangkan di sini suasana dan keadaan masa itu kerana ianya selalu menerjah ruangrasa hati saya pada setiap kali saya mengingatinya. Aku masih ingat semasa kecil ketika mengikut bapa menjaga durian aku akan sentiasa membawa terbay kerana di dusun terdapat banyak burung untuk di lastik dan suasana aku mengejar burung di sekeliling dusun durian pak tak pernah lekang dari ingatan ini. Apalagi bila mengingat aku kena meredah hutan basah untuk mengejar burung yang berkicauan pada setiap pagi di dusun durian ayah.

Aku masih ingat bagaimana bapa telah balik dengan kepala berdarah kerana di timpa durian di kepala dan ini mengakibatkan pokok durian itu mati beragan beberapa tahun kemudian kerana durhaka kepada tuanya (katanya le) Tapi memang kenyataanya selepas itu durian yang di madsudkan durhaka itu tidak lagi mengugurkan buahnya sehingga dia masak pecah di atas pokok dan saya masih ingat kami terpaksa menjolok buah durian itu pada setiap kali musim durian gugur.

Saya masih boleh mengingati kesemua nama pokok-pokok durian tersebut yang telah di berikan khas bagi memudahkan bapa kami memnbezakan jenis jenis durian yang kedapatan di dusun bapa saya, antara nama durian yang masih saya ingat ialah durian rendang durian tepi sungai, durian buluh semiang, durian timpa cek hat, durian bongo (isi kuning oiii) durian besar ,durian timpa pak dan sebagainya, Kesemua pokok durian ini akan mengeluarkan buah yang banyak pada setiap kali musim buah dan akan menjadi pendapatan sampingan bapa saya. Peraih akan selalu muncul di awal pagi untuk mengutip durian yang telah kami kumpul dan tak kurang juga ada peraih tak rasmi yang pi kutip sendiri dan yang paling malang kalau ada peraih penyamun. abih di kebas durian kami ketika kami masih sedap di buai mimpi. Cuma sepohon durian sahaja yang aku tak pernah rasa isinya kerana masa aku kecil durian itu dah mati namun dari cerita bapaku durian itu sangat enak dan lebat buahnya ,kalau tak salah nama durian tu durian baju kot.

Ada ketikanya aku kena pergi kekebun durian itu secara bersendirian dari rumah di kampung dan terpaksa melalui perjalanan yang agak jauh dan mengerunkan dan terpaksa melintas carok dan bukit. Walaupun takut aku tetap akan berusaha pergi kedusun kerana keseronokan menanti durian gugur mencari dan menyuluhnya tak dapat nak ku bayangkan di sini.
Selain durian di dusun tua itu juga kedapatan pokok langsat petai kenuak dan pokok gerah. Pokok pokok ini kebiasanaya akan di tanam seperdu bersama durian ini mungkin sistem tanaman orang dahulu (menanam di tunggul buruk) Namun begitu keadaan pokok dan buahnya sangat subur ,tinggi dan tahan lasak serta besar banirnya. Cuma buah langsat kekadang sedikit berulat jika tidak di pilih betul-betul aku tak tahu kenapa adakah kerana tanaman campur ini atau atas sebab-sebab lain.

Malang sekali akhirnya seluruh dusun kesayangan kami ini musnah angkara pembenaan sebuah jambatan di situ kerana di limpahi air hujan selama seminggu dan segalanya musnah bersama kenangan masa kanak kanak yang aku bawa sehingga kini. Namun kenangan dusun durian tak mungkin kan terpadam keakhir hayat ku. Segalanya masih jelas dan indah untuk ku ingati.

KUALA LUMPUR DAN KERJA KONTREK



Satu satunya lagi kenangan yang tak pernah luput dari ingatan saya ialah ketika saya menanti keputusan SPM saya telah nekad mengikut abang saya ke KL untuk bekerja kontrek, Segalanya bermula selepas saya melihat kawan-kawan saya yang balik dari KL membawa wang berkepul kepul di dalam poket. Saya dan abg telah buat keputusan berhijrah ke KL dan sambil-sambil mencari kerja di sana.

Itulah Kali pertama saya ke KL dan kami telah tinggal di rumah kontrek di Yow Chuan Plaza dekat dengan ampang Park, Abang saya telah mendapat kerja disitu dengan mudah namun abg saya tak mengizinkan saya bekerja konterek kerana keaadan fizikal saya tak mengizinkan dan saya telah di benarkan berkerja di kilang. Saya memang mendapat kerja di sebuah kilang wahsia dan saya bekerja sehari suntuk tanpa saya minta gaji kerana saya tak datang lagi pada hari kedua kerana saya merasakan gaji yang saya terima langsung tak berbaloi dengan kerja yang tidak berhenti itu. Itu jugalah kali pertama saya mengunakan punch kad setelah saya mencuba di dua kilang yang lain dengan gaji yang juga murah sekali saya bertekad untuk tidak mahu lagi bekerja di kilang dan saya membuat keputusan merayu kepada abang saya agar membenarkan saya bekerja kontrek sahaja.

Akhirnya abg saya bersetuju dan saya telah bekerja kontrek di Salak South iaitu konterk menanam paip di bawah tanah. Saya tinggal bersama seorang rakan lain yang juga dari kampung berdekatan dengan tempat pembuangan sampah dan rel keretapi ,sebulan genap saya berkerja di situ saya telah mendapat demam yang teruk kerana tekanan kerja yang terlalu hebat . Saya melarang kawan saya dari memberitahu abang saya kerana di kuatiri dia nanti tak akan membenarkan lagi saya bekerja konterek . Namun tak semena mena abg saya datang ke rumah kongsi kami dan setelah tahu saya demam dia mengajak saya tinggal bersamanya kembali dan kali ini kami berkerja bersama di projek Daya Bumi dan di situ juga saya hanya berkerja sebulan genap selepas mendapat gaji pertama saya telah membuat keputusan nekad untuk balik ke kampung dan abang saya akhirnya menyusur sebulan kemudianya.
Apa yang saya tak boleh lupa masa berada di Kuala lumpur ialah bagimana ketika kami makan kat Benting terdengar lagu DJ Dave "di desa kasih ku tertumpah" dan ini membuatkan saya begitu sayu dan ingin pulang kekampung. Selain itu saya dan abang juga pernah beraok sehari suntuk kerana duit yang dipinjam dari kepala konterek telah hilang dan akibatnya sehari suntuk tu saya cuma minum air paip si kolah sahaja untuk menahan kelaparan. Menjelang Esoknya barulah pinjaman terbaru boleh di buat. Kami mengambil evans itu untuk membeli nasi pada setiap hari. Maklumlah kais pagi makan pagiterpaksale buat muka selamba kat tokeh cina tu. Masa ini baru ku sedar bertapa susahnya hidup di KL tanpa wang dan pekerjaan yang tetap.

Selepas balik ke kampung saya tak lagi ke KL sehingalah saya mendapat pangilan temuduga pekerjaan saya pertama dulu (MARDI). Dan sekarang setiap kali saya mengunjungi KL saya akan menyusuri kembali kenangan yang saya tinggalkan disana sedih indah menyeksa dan penuh kenangan. Sehingga sekarang saya boleh dikatakan mahir dengan tempat tempat di KL dan boleh memandu kereta sendiri tanpa sesat di pusat bandar Kuala Lumpur.
Bagaimanapun KL telah mengejar saya erti berdikari kesusahan dan kesabaran. Banyak pengalaman pahit getir saya di KL membantu saya bertekun dalam menjalankan tugas-tugas saya sekarang yang lebih seratus kali lebih ringan dari pekerjaan saya kini. Pengalaman pernah menjadi kuli juga telah mengajar saya menghargai orang orang bawahan saya .

SEKOLAH DAN TEMAN TEMAN



Zaman persekolahan mengingatkan saya kepada teman teman lama saya namun begitu zaman bersekolah rendah adalah yang paling menjadi kenangan kepada saya. Saya masih ingat bertapa seronoknya saya untuk memasuki sekolah rendah dan bagaimana aktifnya saya masa bersekolah selain dari menjadi ketua darjah saya juga aktif dalam sukan dan kegiatan seni, saya juga merupakan antara murid yang paling mahir melukis di sekolah saya dan pernah mewakili sekolah dalam pertandingan melukis, saya juga pernah mewakili sekolah dalam bolasepak dan permainan catur serta sepak takraw.

Namun begitu saya agak tengelam dalam permainan bolasepak kerana saiz badan saya yang kecil berbanding dengan kawan kawan saya yang lain. sebab itulah semasa sekolah menengah saya menumpukan kepada permainan hoki sahaja dan saya telah berjaya mewakili sekolah saya sehingga ke tingkatan 5. saya juga aktif dalam persatuan pengakap dan saya juga sering di suruh menyayi dan berderama pada setiap kali ada sambutan hari guru atau hari penyampaian hadiah.

Zaman persekolahan saya tidaklah begitu memberangsangkan kerana saya bukanlah termasuk golongan budak yang pintar namun saya tak pernah rasa tersisih dengan keaadan ini memandangkan saya memang berminat untuk bersekolah, lebih lebih lagi selepas saya memasuki asrama dan mula bergaul dengan murid-murid pintar. Kehidupan sekolah saya telah banyak di habiskan di asrama dan segala nostalgia hidup di asrama tak mungkin akan luput dari ingatan saya sehingga kini. Hidup di asrama menjadikan saya seorang yang berdikari dan telah memisahkan saya dengan keluarga saya terutama ibu kesayangan saya. Selepas saya tinggal di asrama juga segala permainan dan kengkawan kampung saya tinggalkan terus sehinggalah sekarang. Dan segalanya hanya jadi kenangan indah dalam hidup saya sehingga kini.
Pengalaman hidup di kampung dan di asrama kemudianya telah mendewasakan saya dari pelbagai segi. Namun asramalah tempat latihan terbaik saya kerana saya telah mula tinggal di asrama sejak dari tingkatan satu sehingga ke tingkatan 5. Sebenarnya banyak cerita dan pegalaman di asrama yang masih menyentuh perasaan saya sehingga kini dan saya akan cuba kumpulkan cerita asrama ini bila ada kesempatan kelak.

LPMI MENYELAM DAN PERMAINAN SEKAMPUNG


Satu lagi kenangan yang tak boleh aku lupakan sehingga kini ialah bagaimana kami akan memenuhi hari sabtu dan ahad (cuti sekolah di Kedah sabtu dan ahad) selalunya kami pergunakan untuk menjalankan aktiviti menangkap ikan di sungai dengan kaedah menyelam dan menembak (guna senapang ada jule) dan selalunya sebelum pergi kami akan terlebih dahulu akan mendengar keputusan lagu lagu popular minggu ini di radio (LPMI) aku masih ingat masa tu lagu BDB (hatiku luka lagi menjadi juara 13 minggu secara berturut turut) dan selepas mengetahui keputusan LPMI barulah kami mula pergi ke sungai untuk mencari ikan dan akan hanya pulang bila petang menjelma. Sehinga sekarang saya masih memikirkan bagaimana kami boleh berada dan berendam di air sebegitu lama tanpa menghiraukan kesejukan dan ketakutan berada jauh di hutan hanya kerana ingin mencari ikan dan menembaknya di sungai yang sejuk dan jauh dari kampung

Di kampung sebenarnya aku mempunyai ramai kengkawan samada sebaya atau yang lebih tua sedikit dariku . Selalunya kami akan menjalankan aktiviti dan permainan mengikut musim-musim tertentu dan antara permainan yang saya ingat ialah seperti musim bermain gasing, main getah (gundu), main guli, main terbay, main layang layang, main bedil ghocoh, main hoki buah limau, main tunggu durian (guna buah langsat), main badminton, main kereta tin, main kereta dari kotak mancis main katok ular, main tuju botol, main tarzan (lompat kat pokok kayu belakang umah), main tahan burung chapa krong, main laga ayam, main sungai, main wayang kulit, main dangau, main drum tin, main cipta cipta telepon, main hero, main bola, main menusuk main polis senteri, memancing dan memancing kail tauk main ibu undo-undo (kat bawah umah) main jengket jengket, main lawan lawan , main tarik pelepah pinang , main selut bendang, main tanah liat sungai (buat sabun) ,ikut belakang trekta ,tangkap ikan jalang, tangkap ikan karin, mengail ikan haruan, mengail ikan bujuk, kerabat pokok ceneriang, kerabat pokok cenerai, mandi di sungai dan pelbagi permainan lagi yang saya tak ingat dah.

Selalunya permainan ini akan bermusim dan datang secara bergilir gilir tanpa kami sedar bila bermula dan bila tamatnya yang pasti kami akan mula bermain dan akan terlalu asyik denganya. (mana ingat pelajaran dah masa tu) Tetapi memandangkan masa itu semua bebudak macam tu sesiapa yang paling cekap menangkap apa yang guru ajar di bilik darjah akan menjadi murid yang pandai. Walaupun kami leka bermain tetapi Alhamdulilah semua keluarga saya berjaya dalam pelajaranya dan sehingga ada diantara adik saya sampai belajar ke luar negeri (peringkat PHD). Ini semua kerana Anugerah Allah dan kejayaan kami semua kami pergunakan sebaiknya bagi membantu menjana kemajuan negara.

KENANGAN RAYA


Mengingatkan kenangan berpuasa tentu tidak akan lengkap tanpa kenangan semasa beraya. Kemuncak atau ibu kepada segala keseronokan kami di bulan puasa adalah saat berhari raya kerana selain dari dapat makan minum semula di siang hari kami juga bebas berjalan kemana sahaja sehingga magrib tanpa ada ganguan dari mak dan bapa dan apa lagi pula di masa inilah kami berpeluang mengumpul wang poket berpakaian baru dan bebas sebebas bebasnya. Yahooooooo

Kisah keseronokan nak beraya ni selalunya bermula seminggu atau mungkin lebih awal dari itu kerana selain dari lagu raya yang sentiasa berkumandang kami juga makin aktif mengumpul karya seni untuk persedian malam raya dan hari raya. ini termasuklah bagaimana kami mula mengumpul tempurung kelapa untuk dibuat ungun api malam raya dan kami juga mula membuat pelita buluh untuk di pasang di malam 7 lekor selalunya orang kampung akan berlawan menghias halaman rumah mereka dengan segala jenis ciptaan pelita atau panjut ini. Sungguh indah dan cantik bila malam menjelma dan di susuli pula oleh dentuman mercun dan meriam buluh . Adakala saya cuba meronda dan melihat di seluruh kampung yang penuh berkerdipan dengan pelita buluh ini dan di selang seli pula dengan tawa riang bebudak lain yang sebaya denganku bermain mercun di halaman rumah.

Tibanya malam raya adalah saat yang sangat di nantikan-nantikan maklumlah bebudak yang paling syok tentulah esoknya boleh pakai baju baru dan malam tu pula bebas sebebas-bebasnya kerana pada malam raya orang tua memang tak kisah kemana kami pergi dan pukul berapa kami tidur. Selalunya malam tu kami akan bermain mercun atau meriam karbaid habis habisan dan akan mendengar rancangan radio telefon syow sampai akhirnya bukan kami dengar radio tetapi radio yang denngar kami bendengkor. Jangan tak tau pula malam tu kami akan pasang pelita tempurung dan kami akan memerhati pelita tu terbakar sambil mendengar radio sampai kami terlena begitu sahaja. Malam raya di zaman kami sebenarnya akan di hiasi takbir raya semalaman di radio sehingga subuh berbanding sekarang yang tidak lagi mengutamakan takbir tapi lebih kepada hiburan. Aku sentiasa berharap satu malam raya setahun sekali tu biarlah di penuhi dengan takbir sahaja kerana selain di berikan pahala ianya juga menjadi memori sepanjang hidup saya malah takbirlah menghidupkan malam raya.

Pagi raya merupakan pagi yang sangat tenang maklumlah bila bagun terdengar takbir sayup-sayup berkumandang dari corong radio dan bila memandang ke laman pelita minyak dan tempurung menyala tenang dan hening sahaja dan di pagi raya jugalah merupakan salah satu pagi yang boleh membawa kami pergi mandi awal di sungai dengan mengunakan sabun baru pulak tu kebiasaanya sabun jenis ponpinjay dan kedinginan mandi di sungai tak lagi menjadi masalah kerana semangat nak beraya tu lebih sakan dari kesejukan yang mengigit.(keta prong)
Hariraya mengingatkan aku bagaimana keadaan kami adik beradik yang di bekalkan berpakaian agak sederhana dari kengkawan yang lain maklumlah masa tu ibu bapa saya masih susah kebiasaanya kami hanya di bekalkan dengan seluar pendek dan jika nasib tak baik kasut raya kami juga adalah merupakan kasut sekolah juga. (bapa nak jimat belanja la tu). Kami selalu rasa terkilan bila ada kengkawan lain memakai pakaian yang lebih mahal dan bergaya tapi kami puas hati kerana bapa masih mampu menyediakan pakaian baru untuk kami. Jangan tak tau selepas 2 hari beraya sakan dengan baju yang sama ibu akan cepat-cepat membasuh pakaian itu dan di simpan semula di dalam almari untuk simpanan di hariraya haji pula. Dan selepas itulah baru kami boleh merasa pakai pakaian itu sepuas-puasnya sehinggalah bertemu hariraya berikutnya.

Hariraya juga mengingat kan aku bagaimana kami memang mengunakan kesempatan itu untuk beraya sakan dari pagi sehingga ke magrib dan begitu juga untuk hariraya kedua kami memang bebas dan selalunya hariraya pertama kami habiskan beraya di kampung dan semua rumah penduduk kampung kami akan pastikan akan kami kunjungi terutama kepada rumah-rumah yang ada habuan le dulu kalau rumah yang tak de habuan tu kami selalunya minum air sirap sahaja dan paling tak boleh saya lupa ialah sirap yang di letakan selasih di dalamnya. Selalunya setiap kali kami balik ke rumah dah tentu kami kena cirit berek kerana terlebih minum air sirap la tu.

Hari raya kedua selalunya kami gunakan untuk keluar kepekan Sik untuk membeli majalah Bambino atau sebarang majalah berunsur pahlawan atau perwira yang banyak di jual di kedai mamak. Mengambil kesempatan ke pekan Sik ini juga selalunya kami menziarahi rumah guru-guru kami dan bila balik selalunya kami akan singgah di kedai yang mempunya TV kerana selalunya pada hariraya ke dua ada tayangan filem melayu di TV. Setelah semuanya selesai kami akan balik kerumah menjelang senja dan akan terus tertidur sampai keesokan harinya. (letih sangat le tu apa lagi tidur terbelongkang le tak payah ganti baju pun dah)

Sampai saat ini takbir raya dan lagu lagu lama raya akan mengimbas kembali semua kenangan saya beraya dengan adik beradik saya di kampung dan aku yakin ianya takan terpadam sehingga keakhir hayat ku. Antara lagu-lagu raya yang menjadi noostalgia zaman kanak-kanak ku ialah lagu "Dendang Perantau" (P Ramlee) dan lagu"selamat hari raya" (Ahmad Jais )

SIAPA MELABUR

Masa kecil juga mengingatkan saya tentang sikap tegas bapa saya yang menjadikan kami adik beradik amat berdisplin dan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang masalah atau gejala sosial.Mengenangkan segala displin yang di kenakan kepada kami oleh bapa kami saya teringat suatu undang-undang yang dibuat oleh bapa saya yang agak melucukan dan menjadi bahanketawanya sehinggalah kami dewasa. Ceritanya begini.

Kami 6 beradik semasa kecil agak nakal dan selalu bermain-main dibawah rumah kami barang permainan boleh kami mainkan dan kebayakanya kami olah sendiri seperti mencipta sendiri kereta telepon drum dan lain lain. Suatu masalah yang menggangu kami ketika bermain inilah sering terdapat longgokan taik dibawah rumah. Apabila ditanyakan siapakah bertanggung jawab melabur tiada yang mengaku sehinggalah bapa saya menlantik saya menjadi angota polis untuk melapurkan siapakah yang empunyaangkara. Saya pun taat menjalankan tugas sehingga akhirnya saya dapat mengesan siapakah yang bertanggung jawab.

Namun menjadi masalah besar pula kepada saya untuk melaporkan kepada bapa saya kerana tuan empunya pelaburan terlalu garang dan menakutkan saya. Ini menjadikan masalah itu berlarutan sehinggalah saya di pecat dari jawatan polis itu kerana gagal menjalankan tugas. Nak di jadikan cerita bapa saya kebetulan pula melantik orang yang selama ini melabur merata rata mengantikan tempat saya.dan setelah perlantikannya di buat mungkin diatas kesedaranya sendiri dia tidak lagi secara langsung melabur merata rata kerana rasa bertanggungjawab terhadap tugasnya.jadi masalah itu selesai dengan sendirinya.

NAKAL TAK BERTEMPAT



Saya mempunyai 1 kakak 1 abg dan 3 adik. Hubungan kami adik beradik sangat rapat terutama dikalangan yang lelaki. Hobi saya ialah mengusik adik saya yang paling kecil saya selalu mengusiknya sehingga dia menangis dan disaat inilah saya paling suka memaksanya kembali ketawa cubalah kau orang bayangkan ketika adik saya betul betul menangis dia boleh pula betul betul ketawa hasil kerja nakal saya

Ibu juga pernah menceritakan bahawa saya pernah melempar seekor kucing kepada adik saya dan mengakibatkan kucing itu mengcakar muka adik saya dan hampir sahaja mengenai matanya dan kesan parutnya boleh di lihat sehingga sekarang. Aku yakin kalau kuku kucing itu mengenai mata adik ku itu sudah tentu aku akan mempunyai adik yang bermata cheme. Sebenar nya peristiwa ini aku tak ingat langsung kerana masatu aku masih kecil tapi itulah kesan dari kenakalanku.

Tapi alhamdulillah hubungan kami sebenarnya menjadi sangat rapat sehingga dewasa dan saya rasa perbuatan nakal saya itulah menjadikan saya sering di marahi olehbapa saya. dan bila dah besar ini barulah saya faham kenapa saya selalu kena marah dengan bapa saya masa saya kecil

TAK DE KEJE CARI KEJE


Semasa saya kecil dulu kami lebih banyak bermain dari belajar maklumlah orang tua dulu-dulu bukan nak kisah sangat tentang pelajaran anak anak macam ibubapa sekarang. Kerana terlalu banyak bermainlah menjadikan kami boring pula dengan bermain yang akhirnya membawa kepada kami bermain sesuatu permainan yang pelik yang tak pernah saya lupakan sehingga sekarang, iaitu permainan mengeletek antara kami.

Permainan ini adalah di mulakan dengansesaorang itu kena mengeletek sesaorang yang lain dengan mempaturahkan duit sekolah (sekupangg je).Jadi antara yang paling tahan kena geletek adalah saya berbanding dengan adik saya yang dua orang lagi itu. Pertandingan di mulakan dengan mengeletek saya terlebih dahulu saya selamba saja dan apabila tiba giliran adik saya yang paling mudah ketawa saya cuma perlu mengeletek dari jauh saja dia dah gelak berguling-guling. Selepas itu masuk pusingan adik bomngsu saya mengeletek adik yang mudah geli itu ah dialah pemenangnya tetapi adik saya minta berutang dulu kerana tak ade duit katanya.


Kisah mereka menuntut utang ni lah yang merimaskan bapa saya kerana memakan masa bertahun tahun untuk di lunaskan. malah menjadi perbalahan pula antara adik saya yang bongsu dan adik saya yang pengeli tu. budak kecik la katakan. Tapi itu dulu sekarang mereka sudah berpangkat besar dan kami saling menghormati antara satu dan lain. masa kecil mengingatkan saya segalanya yang manis tak ade masalah

IBUKU DAN AKU





Semasa aku kecil aku selalu bermain dengan kawan kawan sehingga lupa kerja sekolah dan kerja rumah. Ibu selalu memarahi aku atas kelalaian ini. tapi aku tetap seperti biasa tidak mahu berupah perangai sehinggalah pada suatu hari ibuku betul betul marah apabila aku tidak pulang pulang kerumah walaupun azan magrib telah berkumandang di masjid dan radio.
Aku masih ingat ibuku membawa sebilah parang untuk mencari aku dan aku bernasib baik kerana ada seperdu selaput tunggul melindungi aku walaupun beberapa kali ibuku lalu di kawasan itu sambil melibas libas parangnya. Aku yakin kalaupun ibuku menemui aku masa itu dia tidak akan membunuh aku tetapi dah tentu dia balun aku sepuas hatinya kerana pernah satu ketika dia membalun aku dengan buluh sehingga hancur buluh itu. Walau bagaimana pun aku masih tidak takut kepada ibuku berbanding dengan ayahku yang lebih banyak mengacah dari memukul. Kerana selalu kenabalun inilah menjadikan aku seorang anak yang boleh di kira OK la.Walaubagaimanapun aku tidak pernah menaruh dendam pada mereka berdua malah menyayangi mereka kerana telah dapat membentuk keperibadian yang aku miliki sekarang dan saat yang paling menyedihkan ialah ibuku pergi menemui tuhan sebelum sempat beliau dapat merasai sepenuhnya nikmat kejayaan anak anak beliau yang boleh dikatakan semuanya mendapat pekerjaan yang baik

Saya sebenarnya sangat rapat dengan ibu saya namun saya kurang mendapat peluang untuk bermesra denganya kerana saya mula tinggal diasrama semenjak dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5 dan selepas itu saya merantau dan bekerja pula. Namun apa yang tak boleh saya lupakan adalah bagaimana ibu saya sangup bersusah payah menghatar saya untuk mendaftar diri semasa mula bekerja dan bagaimana dia menjaga saya ketika dalam perjalanan menaiki keretapi dan bila sampai ketapah terlalu awal dan saya terpaksa tidur di atas ribaannya sehingga subuh di kerusi panjang stesen keretapi tapah road sementara menanti keretapi sambungan untuk menuju ke Teluk Intan. Sampai sekarang setiap kali saya melintasi tapah road saya akan mengingati ibu saya.

Saat aku kehilangan ibu adalah hari yang paling malang buat ku kerana ibu meninggal tanpa di temani oleh sesiapapun dari anak anaknya kerana semuanya berada berjauhan denganya. Aku sendiri hanya dimaklumkan ibu hanya sakit kuat dan aku pulang dengan harapan dapat menemuinya tapi kenyataanya dia dah pergi buat selamanya. Pergi setelah berjaya mendidik kesemua anaknya berjaya dalam pelajaran tanpa dia sendiri sempat merasai kejayaan anak-anaknya. Kalau adapun aku hanya sempat memberikan sedikit wang gajiku kepadanya sebelum kepergianya.
Apa yang mengherankan antara 44 hari sebelum kematian nya aku di minta ibu balik bercuti di kampung bersamanya dan ibu banyak bertanya hal-hal agama kepadaku. Pebualan terakhirnya yang paling aku ingati ialah dia mengatakan (aku terjemah kembali dari perkataan asal dia dari bahasa daerah sik yang madsudnya lebih kurang begini)"Kita manusia sebenarnya sedang bergerak ke satu lubang (kematian) kita tak tahu siapa yang akan tiba atau jatuh dahulu kelubang itu"

Ibu apakah ibu sudah tahu saat kematian ibu masa tu aku tak pasti tapi tak sampai 40 hari selepas itu ibu meninggal dalam usia yang masih mudah. Aku sangat sedih kerana ibukulah seorang yang sangat kuat bekerja dan memahami perasaan dan hati kami adik beradik. Dan ibu akan tetap menjadi sanjunganku hingga ke akhir hayatku. Cuma yang aku mampu kini aku berharap apa sahaja pekerjaan yang baik aku lakukan dan jika berpahala akan ku sedekahkan kesemuanya kepada ibuku.

.ALFATIHAH
dari catatan asal tak boleh edit emel terhapus
http://hashimrashid.blogspot.my/2008/01/bijih-kopi-botol-biji-getah-dan.html